'Adik Saya Suka Beli Barang Berjenama, Berlagak Kaya Padahal Kami Keluarga Susah !'


Click help for Watch Video -> \|/
Saya ada seorang adik perempuan. Muda lagi dan tengah sambung degree. Dia pakai tudung, solat semua terjaga. Kawan-kawan dia ramai yang 'hot stuff', jenis instafamous gitu. Dulu semasa sekolah, suka lepak di Pavillion. Paling best adik saya seorang saja yang pakai tudung. Korang dulu ingat lagi yang dulu ada page Anti Pavilion Kids kan? Ha, macam itulah jenis kawan-kawan adik saya ini. Serius saya tak gemar dengan kawan-kawan dia. Sekarang, kawan-kawan dia itu sudah insaf (berhijab) tetapi masih hot stuff lagi. Adik saya ini pula jenis yang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dia. Kawan dia makan Starbucks, dia pun nak makan Starbucks. Kawan dia beli iPhone, dia pun nak beli iPhone. Padahal realitinya keluarga kami bukan orang senang. Kawan-kawan adik saya itu pun lagilah, rumah PPR dan ada yang yatim piatu. Tetapi selalu upload gambar di Instagram acah-acah hipster. Adik saya boros orangnya. Suka beli barang berjenama dan berlagak seperti orang kaya. Sekali tengok adik saya ini dengan kawan-kawannya seperti anak Tan Sri. Tak mainlah kan beli baju di pasar malam ini. Paling-paling murah pun mestilah Uniqlo.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment